ini kan pula hidup yang mana jauh dan lagi luas dunianya
hari-hari hati ini bertanya apa erti hidup tanpa agama
apa erti sebuah kejayaan sekiranya penuh dengan persoalan yang tidak terjawab
oleh itu, hati ini mula meronta
kaki menorak langkah
mulut menyuarakan pendapat dan soalan
mencari dunia yang hanya sementara serta akhirat yang telah pasti
kalo nak persoalkan tentang perasaan
kalo nak ditanya siapa punya hati ini
fitrah manusia mahu sesuatu yang segera
xsabar menanti hari berjumpa yang esa
pencarian diteruskan
semakin hari semakin laju
semakin mudah
alhamdullah,aku syukur padanya
namun,perjalanan ni bertamu satu jurang dan batu besar
ya Allah apa dugaan yang kau beri?
aku ni hamba yang lemah
aku takut aku xmampu nak melangkah
aku risau kalau ak jatuh dan tidak mampu untuk bangun kembali
keputusan dari ujian itu.....
hampa bila mengenangkannya
siapalah ak ini
iman senipis kulit bawang
hati x seutuh summayah
mungkin salah aku
aku lalai dengan wangian dunia
aku gagal menjaga sekeping hati ini dari dirobek rasa cinta dunia
rasa sayang yang belum pasti jadi milikku
tapi bukan semua jalan depan batu besar dan jurang itu terus berliku kan
kerana, lepas dari batu ini
insyaallah,hati ini x mudah tergugat
cukup dua kali...
kerana,hati ini ingin terus kuat
mencari yang abadi
cinta manusia sekejap sahaja
bila bosan hilanglah dia
tapi sayang,cinta Allah ni indah
cantik,tenang dan segala-galanya
dia yang tidak bosan untuk mendengar
dia yang tidak marah bila aku mengadu
dia yang faham bila aku bertanya
dia yang sayang bila aku menagis
dia yang tau apa yang aku perlu
dia tahu,rahsia hati ini
dia faham,apa yang ak kata dan apa yang ak sembunyikan
dia x pernah mencari pengganti malah sentiasa menanti..
kasih sayangnya terasa seperti dibelai manja...
cuma aku yang kadang-kadang leka..
